Friday, 30 November 2012

Tatabahasa - Kata Nama

Kata Nama
Kata nama ialah kata yang digunakan untuk menamakan sesuatu benda, haiwan, manusia serta perkara atau peristiwa. Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Kata nama khas biasanya ditulis dengan huruf besar pada huruf pertama perkataan tersebut.

Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Terdapat banyak penggunaan kata nama am dalam bahasa Malaysia.

Kata Ganti Nama
Kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu, kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk.

Slaid berikut menerangkan secara ringkas berkenaan kata nama.


Contoh Penggunaan Kata Nama
Berikut adalah contoh penggunaan kata nama yang dipetik daripada salah satu petikan yang terdapat dalam buku teks bahasa Malaysia Tahun 6 (Sekolah Kebangsaan).


1.  Kata Nama Khas
Dalam petikan di atas, penggunaan kata nama khas banyak merujuk kepada nama orang, nama jawatan, pangkat dan agenda atau program. Berikut adalah beberapa contoh penggunaan nama khas dalam artikel tersebut.
  • Donald Stephen (Perenggan 1, baris 4) 
  • Datu Mustapha bin Datu Harun (Perenggan 1, baris 5) 
  • Lee Kuan Yew (Perenggan 1, baris 6)

2.  Kata Nama Am
Penggunaan kata nama am dalam petikan di atas banyak merujuk kepada benda hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia dan institusi. Berikut adalah contoh-contoh penggunaan kata nama am dalam artikel.
  • pemimpin (Perenggan 2, baris 1) 
  • suruhanjaya (Perenggan 4, baris 1) 
  • tahun (Perenggan 3, baris 2) 
  • negeri (Perenggan 1, baris 3)
3.  Kata Ganti Nama
Kata ganti nama tidak banyak digunakan dalam petikan di atas. Antara kata ganti diri yang digunakan ialah  kata "mereka" yang terdapat pada perenggan 1, baris 4.

- Latihan kefahaman berkenaan tajuk 'Kata Nama' akan cikgu berikan pada pembelajaran seterusnya.

No comments:

Post a Comment