Wednesday, 5 December 2012

Kura-Kura yang Cerdik

Perhatikan klip video ringkas yang berikut, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan di bawah.

Kredit: kulanzsalleh.com

  1. Apakah yang dilakukan oleh kura-kura dalam klip video di atas?
  2. Kenapakah kura-kura melakukan perbuatan tersebut?
  3. Tuliskan dua pengajaran yang boleh diperoleh daripada klip video yang kamu tonton itu.
  4. Tuliskan lima ayat yang berkaitan dengan perkara atau peristiwa yang dapat kamu perhatikan dalam klip video di atas. Setiap ayat mestilah mengandungi perkataan "kura-kura" sebagai kata nama dalam ayat yang kamu bina.

Penulisan Bahasa Malaysia Tahun 6

Baca dan teliti isi kandungan slaid berikut.



Setelah mengikuti keseluruhan isi kandungan slaid di atas, anda dikehendaki menulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang 80 patah perkataan. Murid-murid dikehendaki mengaplikasikan pengetahuan berkenaan kata nama yang telahpun dipelajari sebelum ini.

Tuesday, 4 December 2012

Soalan Kefahaman Bahasa Malaysia Tahun 6

Dalam aktiviti lepas, murid-murid telahpun mempelajari tentang Kata Nama. Sebagai imbasan semula, kata nama ialah kata yang digunakan untuk menamakan sesuatu benda, haiwan, manusia serta perkara atau peristiwa. Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. (Maklumat lanjut tentang kata nama boleh diikuti di entri> Tatabahasa - Kata Nama)

Dalam pembelajaran kali ini, murid-murid dikehendaki membaca semula petikan yang telah digunakan dalam pembelajaran tatatabahasa sebelum ini. Bagi memudahkan proses tersebut, di sini cikgu muatkan semula petikan berkenaan.

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut:
  1. Pada pukul berapakah konsert itu bermula?
  2. Siapakah tetamu istimewa pada malam itu?
  3. Apakah keistimewaan konsert pada malam itu?
  4. Apakah kebaikan konsert itu? Jelaskan.
  5. Dalam teks, terdapat bahasa istana yang menunjukkan kata nama seperti tuanku dan baginda. Senaraikan 10 kata nama dalam bahasa istana lain yang kamu tahu.
  6. Senaraikan 5 isi penting yang terdapat dalam teks.

Monday, 3 December 2012

Tatabahasa - Kata Nama (Bahagian 2)

*Sebelum mengikuti pembelajaran ini, murid-murid mestilah terlebih dahulu menguasai pengetahuan Tatabahasa - Kata Nama yang dimuatkan dalam pembelajaran sebelum ini. Sekiranya belum, sila rujuk entri yang dimaksudkan di sini > Tatabahasa - Kata Nama


Latihan
Senaraikan Kata Nama Khas, Kata Nama Am dan Kata Ganti Nama yang terdapat dalam petikan berikut.

Jawapan murid hendaklah ditulis dalam buku latihan Bahasa Malaysia. Selain itu, murid-murid juga boleh menjawa secara online melalui ruangan komen yang terdapat di bawah entri ini. 

Selamat mencuba!

Friday, 30 November 2012

Tatabahasa - Kata Nama

Kata Nama
Kata nama ialah kata yang digunakan untuk menamakan sesuatu benda, haiwan, manusia serta perkara atau peristiwa. Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Kata nama khas biasanya ditulis dengan huruf besar pada huruf pertama perkataan tersebut.

Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Terdapat banyak penggunaan kata nama am dalam bahasa Malaysia.

Kata Ganti Nama
Kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu, kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk.

Slaid berikut menerangkan secara ringkas berkenaan kata nama.


Contoh Penggunaan Kata Nama
Berikut adalah contoh penggunaan kata nama yang dipetik daripada salah satu petikan yang terdapat dalam buku teks bahasa Malaysia Tahun 6 (Sekolah Kebangsaan).


1.  Kata Nama Khas
Dalam petikan di atas, penggunaan kata nama khas banyak merujuk kepada nama orang, nama jawatan, pangkat dan agenda atau program. Berikut adalah beberapa contoh penggunaan nama khas dalam artikel tersebut.
  • Donald Stephen (Perenggan 1, baris 4) 
  • Datu Mustapha bin Datu Harun (Perenggan 1, baris 5) 
  • Lee Kuan Yew (Perenggan 1, baris 6)

2.  Kata Nama Am
Penggunaan kata nama am dalam petikan di atas banyak merujuk kepada benda hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia dan institusi. Berikut adalah contoh-contoh penggunaan kata nama am dalam artikel.
  • pemimpin (Perenggan 2, baris 1) 
  • suruhanjaya (Perenggan 4, baris 1) 
  • tahun (Perenggan 3, baris 2) 
  • negeri (Perenggan 1, baris 3)
3.  Kata Ganti Nama
Kata ganti nama tidak banyak digunakan dalam petikan di atas. Antara kata ganti diri yang digunakan ialah  kata "mereka" yang terdapat pada perenggan 1, baris 4.

- Latihan kefahaman berkenaan tajuk 'Kata Nama' akan cikgu berikan pada pembelajaran seterusnya.

Thursday, 29 November 2012

Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Malaysia Tahun 6

Berikut cikgu kongsikan Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan (SK) Tahun 6. Bagi seorang guru, rancangan pengajaran tahunan merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bakal dilaksanakan guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan (mengandungi dua semester pembelajaran). Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Bagi seorang murid pula, rancangan ini boleh dijadikan panduan untuk persediaan sebelum mengikuti pembelajaran yang baru.



Rancangan Tahunan Bahasa Malaysia Sk Tahun 6
Kredit: Scribd - Ronipasla

Wednesday, 28 November 2012

Selamat Datang ke Blog Cikgu

Assalamualaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Pertama sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan anda ke Blog eDidik.
Blog ini diwujudkan bagi berkongsi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh semua guru dan murid yang mengikuti Sistem Pendidikan di Malaysia, khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 6. Bagi mencapai tujuan tersebut, saya akan kongsikan bahan-bahan terkini dan relevan dengan sukatan pelajaran terkini, terutamanya KSSR. 

Selain itu, blog ini juga bertujuan untuk menyampaikan dan menghebahkan informasi terkini berkaitan dunia pendidikan, isu-isu semasa dan perbincangan lain yang berkaitan pendidikan, khususnya yang memberi tumpuan kepada negara Malaysia. 

Semoga perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada semua pengguna, sama ada guru mahupun pelajar. 

Terima kasih. 

Cikgu Masimat Sikok.